Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pembantu rumah anak yatim didakwa bunuh bayi 13 bulan


Tarikh kemaskini: 19/08/2019





KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Seorang pembantu di sebuah rumah anak yatim dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang hari ini atas pertuduhan membunuh bayi  perempuan berusia 13 bulan, dua minggu lepas.

Tengku Faiz Kamarul Azahan Tuan Kamarudin, 34, kelihatan tenang sepanjang prosiding berlangsung dan mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nur Hafizah Rajuni.

Bagaimanapun pengakuan tidak direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Tertuduh yang memakai baju T dan seluar trek hitam didakwa dengan niat melakukan bunuh ke atas Sofiea Faqihah Abdul Raqiib, di rumahnya (tertuduh) di Taman Gombak Permai, Gombak di sini, antara 7.30 malam dan 8.05 malam, 4 Ogos lepas.

Bapa tiga anak itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 4 Oktober untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Shasha Hidayah Nor Azahar sementara tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada 9 Ogos lepas, media melaporkan pengasuh bayi itu dan suaminya dipercayai mendera sebelum membunuh mangsa di rumah mereka itu.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Maarof berkata, terdapat 39 kesan kecederaan ditemukan pada badan mangsa itu.

Hasil bedah siasat oleh pakar forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) mendapati punca kematian mangsa disebabkan parah di bahagian kepala disebabkan objek tumpul.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel