VxjhOUFotME Jelajah Retro Havoc promosi tahun Melawat Malaysia 2020 di 24 negara
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jelajah Retro Havoc promosi tahun Melawat Malaysia 2020 di 24 negara


Tarikh kemaskini: 19/08/2019





PUTRAJAYA, 19 Ogos (Bernama) -- Jelajah Dunia Retro Havoc Motorsports akan menjelajah sejauh 25,000 kilometer bagi mempromosikan kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020) di 24 buah negara yang dilaluinya.

Penjelajahan yang dikemudi Engku Mohammad Hadri Engku Hassan dengan memandu kereta Toyota AE86 bersama dua pembantunya itu akan singgah di negara seperti China, Mongolia, Latvia, Rusia dan Jerman.

Jelajah Dunia Retro Havoc Motorsports yang bermula hari ini, dilepaskan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik di perkarangan kementerian itu di sini.

Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Musa Yusof berkata di setiap lokasi yang persinggahan, penjelajah akan mengedarkan risalah, brosur dan barangan berkaitan VM2020 kepada penduduk sekitar.

"Mereka juga akan mengedarkan soal selidik kepada orang ramai di sana untuk mengumpul maklumat sejauh mana penduduk di sana mengenali Malaysia," katanya kepada media selepas majlis pelepasan itu.

Musa berkata pejabat Tourism Malaysia di luar negara seperti di Bangkok, Thailand; Beijing, China; Milan, Itali; Moscow, Rusia; Frankfurt, Jerman dan Amsterdam, Belanda; akan turut sama membantu pasukan ini mempromosikan VM2020.

"Kami menganggarkan jelajah ini akan memakan masa selama 98 hari untuk Engku Muhammad Hadri dan pasukannya tiba di lokasi terakhir iaitu di Amsterdam," katanya.

Sementara itu, Engku Mohammad Hadri, yang dibantu Sh Nur Sharmila Sy Mohamed Sharer sebagai pemandu arah dan Abdul Rahman Halid sebagai mekanik, berkata pasukannya telah membuat persiapan sejak setahun yang lalu.

"Anggaran kos keseluruhan jelajah ini ialah RM250,000, dan selain itu saya juga turut menerima tajaan dari beberapa pihak," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel