Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Central Spectrum wakaf tanah dan sumbang RM5 juta bagi pembinaan asrama anak yatim di Pulau Indah


Tarikh kemaskini: 19/08/2019





PELABUHAN KLANG, 19 Ogos (Bernama) -- Central Spectrum (M) Sdn Bhd mewakafkan tanah seluas kira-kira 1.4 hektar (3.47 ekar) di sini, bagi pembinaan Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah bernilai RM10 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif Central Spectrum Mohamad Razif Abdul Wahab berkata selain mewakafkan tanah, syarikat berkenaan turut menyumbang sebanyak RM5 juta, bagi menampung kos pembinaan kompleks berkenaan selain menjadi koordinator projek pembinaan berkenaan.

"Baki lagi RM5 juta akan dikumpul melalu usaha derma dan sumbangan dari pihak awam, melalui penubuhan Tabung Wakaf Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah," katanya ketika berucap di Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) pembinaan kompleks itu, antara Central Spectrum, Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dan Perbadanan Wakaf Selangor di sini hari ini.

Central Spectrum diwakili oleh Mohamad Razif manakala YIDE diwakili Pemangku Ketua Pegawai Eksekutifnya Nur Mohd Razali Abdullah, manakala Perbadanan Wakaf Selangor oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya Anuar Hamzah Tohar.

Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah turut berkenan berangkat menyaksikan majlis menandatangani MOU berkenaan.

Tengku Amir Shah kemudian turut berkenan melancarkan Tabung Wakaf Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah.

Mohamad Razif dalam sidang akhbar selepas majlis berkenaan berkata, fasa pertama akan mula dibina pada penghujung tahun ini dijangka akan siap pada 2021.

"Fasa pertama melibatkan dua blok anak-anak yatim lelaki yang boleh memuatkan seramai 150 orang, selain pembinaan blok kediaman, surau, dewan dan kompleks sukan turut akan dibina dalam fasa pertama ini.

"Keseluruhannya seramai 300 anak yatim boleh ditempatkan di kompleks asrama ini setelah siap sepenuhnya," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel