Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

SWM environment suntik semangat merdeka dalam kalangan pekerja


Tarikh kemaskini: 19/08/2019





SEREMBAN, 19 Ogos (Bernama) -- Sambutan bulan kemerdekaan terus disemarakkan lagi dengan pelbagai kempen kibar Jalur Gemilang yang bukan sahaja melibatkan kerajaan dan individu perseorangan, malah turut disahut oleh syarikat-syarikat swasta.

Hari ini, syarikat konsesi pengurusan sisa pepejal, SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) turut mengadakan kempen yang sama bagi menyemarakkan lagi semangat cintakan negara dalam kalangan warganya.

“Tujuan utama kita adakan program kibar Jalur Gemilang Peringkat SWM Environment Negeri Sembilan adalah untuk menanam semangat cintakan negara di kalangan pekerja SWM Environment dan menyedarkan mereka betapa bertuahnya kita dapat bekerja dalam keadaan aman dan damai.

“Ini juga sebagai sokongan kita terhadap kerajaan negeri dan pusat dalam kempen kibar Jalur Gemilang. Selain itu, kita juga terlibat dalam jelajah sambutan Bulan Kemerdekaan pada 9 Ogos baru-baru ini dan kita juga telah memasang Jalur Gemilang di 310 kenderaan dan 200 bangunan milik SWM Environment di negeri ini,” kata Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat SWM Environment Mohd Norlisam Mohd Nordin.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di sini hari ini selepas perasmian program berkenaan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru Negeri Sembilan Teo Kok Seong.

Mohd Norlisam berkata syarikat itu juga akan turut mengambil bahagian menghantar kontinjen pada acara perbarisan hari kemerdekaan, 31 Ogos ini, yang akan diadakan di Padang Majlis Perbandaran Seremban, di sini.

Sementara itu, dalam perkembangan lain beliau berkata sehingga kini seramai 2,500 orang telah berdaftar dalam program KITAR3CYCLE sejak ia dilancarkan September tahun lepas.

“Pihak kami giat mempromosikan program ini kepada masyarakat secara berterusan melalui kempen kesedaran di setiap daerah bagi menggalakkan masyarakat di Negeri Sembilan untuk mengasingkan Sisa Pepejal Di Punca (SAS) menerusi Program KITAR3cycle,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kepelbagaian masyarakat seharusnya jadi kekuatan negara - MB Pahang

 
     

Kepelbagaian kaum dan budaya di Sarawak lambang perpaduan rakyat

 
     

Terenggau muncul juara Ragbi 7 sepasukan Kebangsaan 2019

 
     

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel