Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

AirAsia lancar laluan baharu menghubungkan Kuala Lumpur ke Belitung


Tarikh kemaskini: 19/08/2019





KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- AirAsia melancarkan laluan baharu yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Belitung di Sumatra, Indonesia menerusi perkhidmatan terus empat kali seminggu mulai  2 Okt 2019.

Sempena pelancaran baharu ini, AirAsia menawarkan tambang istimewa untuk ahlinya dari serendah RM79 (tambang untuk ahli AirAsia BIG sahaja) dari Kuala Lumpur, yang boleh ditempah menerusi airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia mulai hari ini hingga 25 Ogos 2019, bagi perjalanan antara 2 Okt, 2019 dan 28 Mac, 2020, kata syarikat penerbangan itu dalam kenyataan hari ini.

"Ahli BIG akan menikmati yuran pemprosesan sifar apabila membuat pembayaran menggunakan BigPay," katanya.

Ketua Komersial Serantau AirAsia Amanda Woo berkata laluan baharu itu merupakan bukti komitmen syarikat penerbangan itu untuk menyokong kerajaan Indonesia dalam usahanya untuk membangunkan 10 destinasi pelancongan utama baharunya.

"Banyak yang ditawarkan oleh Indonesia daripada hanya Bali dan Lombok. Belitung merupakan tempat yang indah dan menakjubkan dengan potensi pelancongan yang belum diteroka, dan kami berharap menerusi perkhidmatan terus baharu ini, lebih ramai orang akan dapat mengetahui permata tersembunyi ini,” katanya.

Selain laluan baharu ini, AirAsia juga mengendalikan penerbangan harian ke Belitung dari ibu negara Indonesia, Jakarta, mulai 1 Okt 2019.

AirAsia kini menghubungkan Kuala Lumpur ke 14 destinasi di Indonesia - Jakarta, Surabaya, Medan, Bali, Lombok, Yogyakarta, Pekanbaru, Pontianak, Padang, Palembang, Semarang, Makassar, Bandung dan Banda Aceh.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel