Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kematian bayi tiada unsur jenayah


Tarikh kemaskini: 18/08/2019





KOTA BHARU, 18 Ogos (Bernama) -- Kematian seorang bayi yang berusia 19 hari yang dilaporkan di sini semalam tidak mempunyai sebarang unsur jenayah, kata Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Abdul Rahim Daud hari ini.

Oleh itu, katanya  polis mengklasifikasikan kematian bayi  itu, Mohd Al Amin Rafael  Mohd Rosli  pada  9.30 malam tadi sebagai mati mengejut.

Beliau berkata ini berdasarkan laporan bedah siasat  unit forensik Hospital Raja Perempuan Zainab ll yang mengesahkan bahawa kematian bayi berkenaan adalah akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Sementara itu ibu bayi berkenaan  Nuriah Mansor, 41, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kubang Bongor Hulu dekat Melor, di sini, berkata beliau menemui bayinya itu dalam keadaan tidak sedarkan diri setelah selesai menyusukannya dan menambah bahawa bayinya itu dilahirkan tidak cukup bulan.

Beliau berkata suaminya Mohd Rosli Deraman kemudian  menghubungi pihak hospital dan sebaik doktor tiba pada pukul 9.45 malam bayinya disahkan sudah meninggal dunia dan dibawa ke HRPZ II.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel