Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis akan buat post-mortem operasi SAR Nora Anne - KP N. Sembilan


Tarikh kemaskini: 18/08/2019





SEREMBAN, 18 Ogos (Bernama) -- Polis akan membuat post-mortem operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, setelah siasatan kesnya selesai. 

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop berkata demikian ketika ditanya mengenai sama ada kes Nora Anne telah ditutup selepas penemuan mayatnya. 

Remaja istimewa itu dilaporkan hilang oleh keluarganya pada 4 Ogos, sehari selepas keluarga itu mendaftar masuk untuk percutian dua minggu di resort The Dusun, Pantai, Negeri Sembilan kira-kira 60 kilometer dari sini.

Mayat remaja itu ditemukan selepas 10 hari dilapor hilang, oleh pasukan sukarelawan yang menyertai operasi SAR, berkeadaan tidak berpakaian berhampiran anak sungai di kawasan berlurah.

Lokasi penemuan itu sekitar 2.5 km dari resort ia dilapor hilang, kawasan yang terletak dalam radius pencarian yang sebelumnya telah beberapa kali dilalui oleh kumpulan anggota (SAR).

-- BERNAMA 

   

 
 
     
   
 

Kedah perkasa kedudukan dalam industri kertas teknologi hijau

 
     

Wabak coronavirus tidak jejas tahun melawat Johor -- Exco pelancongan

 
     

Ibu tunggal didakwa bunuh anak sendiri

 
     

Tiada rancangan laksanakan kajian mansuh butiran agama pada kad pengenalan - KDN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel