Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pahang terima RM2.41 bil untuk perbelanjaan pembangunan


Tarikh kemaskini: 18/08/2019





KUANTAN, 18 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan telah meluluskan Perbelanjaan Pembangunan (DE) berjumlah RM2.41 bil bagi pelaksanaan pelbagai projek di Pahang di bawah Rolling Plan 4 2019, Rancangan Malaysia Ke-11. 

Perkara itu diumumkan kerajaan negeri menerusi kenyataan media di sini hari ini, yang turut menyatakan jumlah itu meningkat sebanyak 13.3 peratus daripada tahun sebelumnya. 

Kenyataan itu menambah, peruntukan itu diumumkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Sri Mohamed Azmin Ali pada Sesi Libat Urus Penyediaan Rancangan Malaysia Ke-12 yang dipengerusikan beliau bersama Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di Wisma Sri Pahang di sini, Jumaat lalu.

"Peruntukan terbesar ialah kira-kira RM800 juta bagi projek pembinaan Lebuhraya Central Spine Road (CSR) Pakej 6 melibatkan jajaran bandar Bentong ke Simpang Pelangai, sebahagian daripada keseluruhan lebuh raya sepanjang 325 kilometer dari Kuala Krai, Kelantan ke Simpang Pelangai. 

"Ia juga meliputi peruntukan RM446 juta bagi pembinaan dan penyiapan Loji Rawatan Air (LRA) Semambu Fasa 3 dengan kapasiti 146 juta liter sehari, yang telah diumumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad," menurut kenyataan itu. 

Selain itu, sebanyak RM380 juta diperuntukkan bagi kerja menaiktaraf Laluan 3 dari persimpangan bertingkat Jalan Pintasan Gebeng-Sungai Ular di Kuantan sehingga ke Chendor yang merupakan sempadan Pahang dan Terengganu.

Pembinaan Hospital Maran pula menerima peruntukkan kira-kira RM200 juta  manakala pembinaan Loji Rawatan Kumbahan Serantau dan Rangkaian Paip Pembentungan di Indera Mahkota di sini, diperuntukkan sebanyak RM231.12 juta. 

"Sebanyak RM173 juta diperuntukkan bagi pembinaan dan menyiapkan Tangki Imbangan berkapasiti 106 juta liter sehari di Kawasan Perindustrian Gebeng di sini, selain RM18 juta untuk mengatasi masalah gangguan bekalan air di Raub. 

"RM10 juta diterima bagi pembinaan 'Kuantan Urban Recharge' dan kerja berkaitan di Padang MPK 2 di sini selain RM6.98 juta untuk pembinaan Klinik Kesihatan Bukit Fraser dan RM1.5 juta bagi kajian menaiktaraf atau pembinaan pintasan jalan di Cameron Highlands," menurut kenyataan itu.

Antara projek lain yang menerima manfaat peruntukan itu ialah kerja menaiktaraf di Pasar Besar Kuantan, pembinaan kompleks jualan dan restoran makanan laut di muara Sungai Kuantan serta pembinaan kemudahan awam di Taman Tasik Gambang di sini. 

-- BERNAMA 

   

 
 
     
   
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor

 
     

Lelaki warga New Zealand dijumpai mati di jeti marina Labuan

 
     

22 buah sekolah di Parlimen Bagan dibaik pulih dengan peruntukan dianggar RM10 juta

 
     

Pentadbiran kerajaan Selangor diwajib isytihar harta - MB

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel