Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Berlabuh tanpa kebenaran, kapal mini tanker ditahan APMM


Tarikh kemaskini: 18/08/2019





JOHOR BAHRU, 18 Ogos (Bernama) -- Sebuah kapal jenis ‘ Mini Tanker’ ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kerana berlabuh tanpa kebenaran di perairan Johor Timur, petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili (ZMTS) Kapten Maritim Mohd Zulfadli Nayan berkata kapal yang berdaftar di  Ulaanbaatar, Mongolia itu, ditahan oleh bot ronda agensi berkenaan di kedudukan 3.1 batu nautika timur Tanjung Penyusop pada pukul 6.45 petang.

Katanya kapal berkenaan dikendalikan oleh seorang nakhoda dan enam kru kapal yang mana kesemuanya lelaki warganegara Indonesia, berumur antara 24 hingga 61 tahun.

“Penahanan dilakukan setelah pemeriksaan mendapati kapal tangki tanpa muatan tersebut gagal mengemukakan sebarang kebenaran bersauh dari Pengarah Laut.

“Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, Seksyen 491B(1)(l) iaitu bersauh tanpa kebenaran Pengarah Laut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Menurutnya, jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM 100,000  atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Mohd Zulfadli berkata penahanan tersebut merupakan kes yang ke 24 melibatkan kesalahan di bawah Ordinan sama bagi ZMTS pada tahun ini.

Beliau menambah pihaknya sentiasa meningkatkan operasi penguatkuasaan bagi membanteras dan menyekat aktiviti jenayah rentas sempadan di perairan negara khususnya di perairan Johor Timur.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel