Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Belum banyak premis perniagaan, di Tuaran kibar Jalur Gemilang


Tarikh kemaskini: 18/08/2019





TUARAN, 18 Ogos (Bernama) -- Belum banyak premis perniagaan dan kediaman persendirian  di sini mengambil langkah mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera negeri. 

Tinjauan Bernama mendapati hanya agensi kerajaan mengibarkan jalur gemilang dan bendera negeri pada pejabat masing-masing.

Jabatan terbabit ialah Urusetia Daerah Tuaran, Majlis Daerah Tuaran (MDT), Jabatan Kerja Raya (JKR) Tuaran, Pusat Penyelidikan Pertanian Sabah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran, Jabatan Penerangan dan Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran.

Premis perniagaan yang ada di pekan ini tidak semua mengibarkan jalur gemilang dan negeri, walaupun tempoh sambutan bulan kebangsaan semakin hampir .

Pekerja MDT sudah memasang jalur gemilang dan bendera negeri pada hampir semua tiang lampu sepanjang laluan dari Bulatan Berungis hingga Pekan Tuaran sejak awal bulan ini.

Penduduk, Stanley John, 59, berkata penduduk sewajarnya mengambil pendekatan sendiri mengibarkan bendera seawal mungkin tanpa perlu menunggu saat akhir menjelang bulan kemerdekaan sebagai tanda sayangkan tanah air.

"Kita tidak seharusnya merasa rugi membelanjakan RM10 membeli bendera untuk dikibarkan di rumah atau pada kenderaan sebagai memeriahkan bulan kemerdekaan setahun sekali," katanya kepada Bernama, di sini.

-- BERNAMA

 

 


 

   

 
 
     
   
 

Nelayan hilang ditemui lemas di Kuala Dungun pagi ini - bomba

 
     

Pekan Rantau Panjang kembali pulih

 
     

Pesta Pulau Pinang sasar 500,000 pengunjung

 
     

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel