Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Semarakkan patriotisme menerusi aktiviti riadah sempena Bulan Kebangsaan


Tarikh kemaskini: 18/08/2019





MELAKA, 18 Ogos (Bernama) -- Program Joging Merdeka Sihat 2019 merupakan antara inisiatif dilaksanakan setiap tahun oleh Persatuan Joging Negeri Melaka (PJNM) sebagai platform menyemarakkan semangat patriorisme dalam kalangan masyarakat sempena sambutan Bulan Kebangsaan.

Pengerusi PJNM Datuk Nazari Adzim berkata, selain menyemai rasa cintakan tanah air, aktiviti riadah itu juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara kaum kerana penyertaan bukan sahaja terhad untuk penglibatan ahli, tetapi terbuka kepada orang ramai.

Katanya, program berkonsep 'fun run' lima kilometer itu juga sebagai usaha menggalakkan lebih ramai masyarakat di negeri ini membudayakan amalan gaya hidup sihat di samping meluangkan masa pada cuti hujung minggu dengan beriadah.

“Jika kita lihat aktiviti joging ini dapat memupuk semangat kekitaan selain mewujudkan masyarakat yang lebih harmoni dan sejahtera kerana perpaduan merupakan asas yang cukup penting bagi memastikan kemerdekaan yang kita kecapi pada hari ini,” katanya kepada Bernama selepas menyertai Program Joging Merdeka Sihat 2019 di Dataran Sungai Melaka di sini hari ini.

Terdahulu, Exco Kesihatan dan Anti Dadah Melaka, Low Chee Leong yang juga Pengerusi Penasihat PJNM melepaskan kira-kira 500 peserta program anjuran PJNM dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) itu.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM, Azlan Abidin.

Acara joging yang bermula dan tamat di Dataran Sungai Melaka itu turut melalui jalan di sepanjang tepi Sungai Melaka hingga Pengkalan Rama dan Kampung Jawa.

Menurut Nazari, setiap minggu pada Ahad, PJNM akan mengadakan pelbagai aktiviti riadah di sepanjang Sungai Melaka bermula 7 pagi hingga 8 pagi yang disertai pelbagai lapisan umur masyarakat.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel