Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

RM1.3 juta diperuntukkan untuk projek berskala kecil Parlimen Kota Kinabalu


Tarikh kemaskini: 18/08/2019





KOTA KINABALU, 18 Ogos (Bernama) -- Sejumlah RM1.3 juta diperuntukkan untuk beberapa projek berskala kecil yang akan dilaksanakan di Parlimen Kota Kinabalu sebelum akhir tahun ini.

Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin berkata projek itu termasuk menaik taraf dan menyelenggara permukaan jalan berhampiran kawasan air pancut Jalan Gaya dan membina laluan baharu pejalan kaki berbumbung di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Fuad.

"Projek lain ialah pembinaan penghadang jalan di Jalan Coastal Bandaraya Kota Kinabalu, membaik pulih lantai konkrit di tapak pasar ikan dan baik pulih struktur atap gereja Katolik di Kampung Kopungit, Luyang," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan program 'INFO on Wheels' bersama Pengarah Jabatan Penerangan negeri Sabah, Norzawiyah Bulka di Jalan Gaya, di sini hari ini.

Chan berkata sebut harga bagi projek itu telah dilaksanakan pada Mei dan Jun lepas sebelum tindakan selanjutnya oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Mengenai program itu, Chan berkata ia merupakan inisiatif kerajaan untuk menyalurkan maklumat kepada rakyat antaranya peralihan siaran televisyen daripada analog kepada digital menjelang Oktober ini.

Sementara itu, Norzawiyah turut menyeru agar orang ramai bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang tidak kira di rumah, premis perniagaan dan pejabat sempena Bulan Kebangsaan ini.

"Kita berharap agar mendapat kerjasama daripada semua pihak untuk bersama-sama meraikan sambutan bulan kebangsaan ini," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Edward bakal naik Gunung Kinabalu secara undur, kumpul dana kebajikan

 
     

UTM arah semua aktiviti perjalanan ke China ditangguhkan serta-merta

 
     

'Info on Wheels' platform sampaikan maklumat terkini isu semasa

 
     

Polis analisis rakaman CCTV insiden Syed Saddiq - Papagomo - saksi

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel