Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

"Abang Jali" pelawak dan pelakon Salam Pantai Timur meninggal dunia


Tarikh kemaskini: 18/08/2019





BACHOK, 18 Ogos (Bernama) --  Pelakon, pelawak dan penggiat seni dikir barat terkenal di Kelantan, Idris Berahim, 58, atau lebih dikenali sebagai “Abang Jali Salam Pantai Timur” meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, pagi tadi.

Kakak Allahyarham, Mek Som Berahim, 64, berkata,  Abang Jali menghembus nafas terakhir  kira-kira pukul 4 pagi selepas dimasukkan ke hospital berkenaan Jumaat lepas akibat serangan angin ahmar.

 “Sebelum ini  Abang Jali hidup menderita bertahun-tahun akibat penyakit  kencing manis yang kronik selepas sebelah kakinya dipotong,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya di Kampung Chap Bekelam di sini, hari ini.

Sepanjang penglibatan dalam dunia seni Allahyarham lebih dikenali sebagai pelakon dalam episod Salam Pantai Timur terbitan Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) di sekitar tahun 2007.

Mek Som berkata,  selain itu Allahyarham juga selalu diundang sebagai juruacara pada majlis-majlis anjuran kerajaan Pusat dan majlis kenduri penduduk kampung.

Katanya, Allahyarham meninggal dua orang anak salah seorang daripadanya sedang melanjutkan pengajian di sebuah institusi pengajian tinggi di Melaka.

Jenazahnya akan dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Nangka selepas solat Zohor.

-- BERNAMA  

 

         

 


 

   

 
 
     
   
 

Wakil jabatan audit mengaku rakam mesyuarat "pinda laporan audit 1MDB"

 
     

Pasukan audit 1MDB terkejut dengar gugur penyata kewangan - Saksi

 
     

Johor umum bantuan khas kewangan sebulan gaji buat penjawat awam negeri

 
     

Cadang Pahang kenakan sewa tinggi kepada Lynas - ADUN Kemayan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel