Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Peniaga teruja sambut Hari Kebangsaan kali pertama di Pusat Penjaja MPKS


Tarikh kemaskini: 18/08/2019




Oleh Micheal Sering

KOTA SAMARAHAN, 18 Ogos (Bernama)-- Peniaga di Pusat Penjaja Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) berhampiran Jambatan Batang Samarahan sudah bersiap sedia meraikan Hari Kebangsaan hujung bulan ini dengan meriah.

Ini kerana mereka akan meraikan sambutan terbabit untuk kali pertamanya di pusat penjaja itu yang  siap dibina baharu-baharu ini dan lebih selesa kerana lengkap pelbagai kemudahan termasuk tandas dan tempat letak kenderaan.

Pusat penjaja itu yang ada sebanyak 60 lot gerai telah mula dibina Disember tahun lepas dengan peruntukan kerajaan negeri sebanyak RM1.2 juta.

Seorang peniaga terbabit, Malek Suib, 35 berkata mereka sebelum ini berniaga di tapak berniaga haram yang tidak teratur tepian jalan menuju Jambatan Batang Samarahan dikenali penduduk sekitar sebagai "Serikin 2" sejak siapnya jambatan itu Jun tahun lepas.

"Kami merasa bertuah kerana diberikan lot gerai di pusat penjaja MKPS baharu ini dan berpindah dari Serikin 2 ke sini sejak sebulan yang lepas dan selepas ini kami akan meraikan sambutan Hari Kebangsaan buat kali pertama di sini,"katanya.kepada Bernama di pusat penjaja MPKS di sini hari ini.

Malek berkata mereka sudah mula membuat persiapan menyambut Hari kebangsaan di pusat penjaja itu dengan menghiasi sekeliling gerai masing-masing dengan bendera Jalur Gemilang dan juga bendera Sarawak yang kecil.

"Kami bercadang memasang lebih banyak bendera itu yang lebih besar di tepian jalan berhadapan pusat penjaja ini. Ini bukan sahaja bagi menyambut Hari Kebangsaan malahan juga menjadikan pusat penjaja ini lebih menarik kepada pelanggan," katanya.

Katanya segala kos menghiasi pusat penjaja itu akan ditanggung peniaga sendiri dan  selain itu mereka juga bercadang mengadakan acara karaoke sepanjang hari pada 31 Ogos.

Malek berkata peluang berniaga di pusat penjaja MPKS penting baginya kerana ketika ini tiada pekerjaan lagi bagi menyara keluarga dan mampu mendapat pendapatan mencecah RM400 sehari menjual pelbagai kuih di pusat penjaja itu serta hanya dikenakan sewa gerai sebanyak RM30 sebulan.          

--BERNAMA

 

 

 

 


 

   

 
 
     
   
 

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     

Air terawat di Pulau Pinang antara paling bersih dan selamat di Malaysia

 
     

Sokongan keluarga, majikan cetus kejayaan penerima Anugerah Canselor

 
     

P. Pinang catat 384 kes rogol dari tahun 2014 hingga 2018

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel