Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Raja Muda Perlis sampaikan sumbangan kepada anak yatim dan asnaf


Tarikh kemaskini: 18/08/2019





KANGAR, 18 Ogos (Bernama) -- Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalulail malam tadi berkenan berangkat menyampaikan sumbangan berjumlah RM11,800 kepada 78 anak yatim dan asnaf di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail (MTSPJ) di sini.

Turut berangkat Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahrin Akashah Khalil yang berkenan menyampaikan sumbangan kepada para penerima wanita.

Sumbangan itu dibuat sempena Majlis Jamuan Hari Raya Aidiladha anjuran masjid berkenaan kepada anak-anak kariah masjid.

Para penerima terbabit terdiri dari 20 orang anak yatim masing-masing menerima RM300 sementara 58 asnaf masing-masing menerima RM100 wang sumbangan orang ramai dalam tabung khas yang disediakan.

Tuanku Raja Muda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) turut berkenan menyampaikan hamper kepada sepuluh guru agama yang mengendalikan kelas-kelas mingguan di masjid itu.

Turut hadir pada majlis di perkarangan masjid itu ialah Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man, Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) Dr Hazman Hassan yang juga pengerusi MTSPJ.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     

Semua sekolah di empat daerah di Perak dibuka esok

 
     

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel