0a_FSbse1CM Penceramah asing perlu fahami keadaan Malaysia
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Penceramah asing perlu fahami keadaan Malaysia


Tarikh kemaskini: 18/08/2019





KOTA BHARU, 18 Ogos (Bernama) -- Semua penceramah terutama dari luar negara dinasihat supaya lebih memahami keadaan negara ini yang makmur sejak sekian lama dengan rakyat berbilang kaumnya yang hidup aman ketika memberikan ceramah mereka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata jika tidak mereka perlu bertanggungjawab jika berlakunya masalah perselisihan pendapat yang boleh mengeruhkan suasana perpaduan yang tidak harmoni disebabkan ceramah mereka.

"Kemungkinan pendekatan mereka tidak sesuai dengan pendekatan rakyat Malaysia. Setiap orang luar kena hormat apa yang ada di negara kita kerana kita sudah bina kemakmuran ini sebelum merdeka dan selepas itu...banyak ujian sudah kita hadapi.

"Saya tidak tuju kepada sesiapa tetapi orang Islam atau bukan Islam kena jaga perkara ini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra dan Jamuan Rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan Kadok di sini, Sabtu malam.

Beliau berkata demikian mengulas kontroversi  yang dicetuskan oleh isu penceramah Dr Zakir Naik terhadap masyarakat bukan Islam di negara ini.

Polis juga dilaporkan telah membuka kertas siasatan terhadap pendakwah itu di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang boleh mengancam keamananj dan Mujahid  meminta semua pihak agar tidak mengganggu siasatan polis.

 

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

KV Keningau raih pingat perak pada pertandingan inovasi di Singapura

 
     

Kerajaan negeri Perak bangunkan projek pembangunan koridor persaraan

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel