Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

SUK Pahang umum pengurniaan gelaran, panggilan hormat kerabat


Tarikh kemaskini: 18/08/2019





KUANTAN, 18 Ogos (Bernama) -- Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang hari ini, mengeluarkan pengisytiharan pengurniaan gelaran dan panggilan hormat bagi kerabat Diraja Pahang. 

Berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan di sini hari ini, pengurniaan dan gelaran hormat itu diputuskan pada Mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja Pahang ke-112 yang bersidang pada 15 Ogos lepas.

Berdasarkan pengisytiharan itu, Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom kini dikenali dengan gelaran baharu iaitu Cik Puan Besar Hajjah Kalsom Abdullah. 

Pengisytiharan juga melibatkan pengurniaan gelaran kepada tiga putera Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. 

Tengku Amir Nasser menerima pengurniaan baharu iaitu Tengku Panglima Raja manakala Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah mengisi kekosongan gelaran Tengku Arif Bendahara. 

Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah pula menerima pengurniaan gelaran baharu iaitu Tengku Panglima Muda. 

Putera sulung Sultan Abdullah dan Tunku Azizah, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah telah ditabalkan sebagai Tengku Mahkota Pahang dan Pemangku Raja Pahang pada 29 Jan lalu.

Pengisytiharan itu juga menyebut lima puteri Sultan Abdullah akan menggunakan gelaran Tengku Puteri Raja di hadapan nama mereka. 

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

KV Keningau raih pingat perak pada pertandingan inovasi di Singapura

 
     

Kerajaan negeri Perak bangunkan projek pembangunan koridor persaraan

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel