Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

JAS Johor nilai kualiti air Sungai Daing ekoran pencemaran Sungai Kopok


Tarikh kemaskini: 17/08/2019





JOHOR BAHRU, 17 Ogos (Bernama) -- Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor akan melakukan penilaian kualiti terhadap sampel air dari Sungai Daing berikutan pencemaran Sungai Kopok di Pasir Gudang.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Johor Tan Chen Choon berkata pihaknya mengambil maklum kegusaran penduduk Kampung Perigi Acheh dan memandang serius pencemaran di Sungai Kopok yang dipercayai berpunca daripada Sungai Daing iaitu anak Sungai Kopok.

"Selain penilaian kualiti air, JAS juga diarah memeriksa seluruh premis industri berhampiran Sungai Daing bagi memastikan prosedur operasi premis tersebut mengikut piawaian di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tan berkata langkah penilaian kualiti air dan memeriksa premis industri tersebut diputuskan selepas beliau melihat sendiri kualiti air berkenaan pada pagi ini bersama Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Ahli-Ahli MPPG, pegawai JAS, Jabatan Perikanan Johor serta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Johor.

Beliau berkata penilaian kualiti air dilakukan setelah ukuran secara in-situ dibuat oleh pihak JAS dalam tinjauan pagi tadi.

"Kerajaan Negeri Johor kemudian akan mengambil tindakan selanjutnya berdasarkan keputusan penilaian makmal terhadap sampel air berkenaan," katanya.

Menurut Tan, Kerajaan Negeri Johor juga prihatin terhadap penduduk di Kampung Perigi Acheh yang rata-ratanya bergantung hidup dengan sumber Sungai Kopok.

Oleh itu, satu sesi dialog awam akan diadakan dalam masa terdekat yang akan dikelolakan oleh pihak MPPG dengan melibatkan agensi awam berkaitan susulan pertemuan bersama penduduk setempat pagi tadi, katanya.

Beliau berkata sesi dialog tersebut dianjurkan untuk mengenal pasti dan menemukan penyelesaian masalah secara tuntas membabitkan penduduk setempat khususnya mereka yang bergiat aktif sebagai nelayan dengan memberi fokus kepada isu alam sekitar dan sosioekonomi setempat.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel