Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Wanita Indonesia lemas kenderaan dinaiki hanyut di Tongod


Tarikh kemaskini: 17/08/2019





TONGOD, 17 Ogos (Bernama) -- Seorang wanita Indonesia ditemui lemas selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mangsa hanyut dibawa arus sungai di Kampung Semundoh di sini hari ini.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabatangan menerima panggilan kecemasan pukul 12.02 tengah hari daripada Balai Polis Tongod mengenai kejadian itu.

Mangsa yang dikenali sebagai Maria Pongli, 35, ditemui lemas oleh penduduk kampung kira-kira 40 km dari tempat kejadian.

Ketika kejadian, mangsa menaiki kenderaan itu bersama majikannya Lee Yoke Cheng, 64, yang dalam perjalanan dari kampung itu ke pekan Telupid apabila Lee hilang kawalan, mengakibatkan kenderaan itu terhumban ke sungai berkenaan.

Pasukan bomba dan penyelamat seterusnya menyerahkan mayat mangsa kepada polis untuk tindakan lanjut.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     

Air terawat di Pulau Pinang antara paling bersih dan selamat di Malaysia

 
     

Sokongan keluarga, majikan cetus kejayaan penerima Anugerah Canselor

 
     

P. Pinang catat 384 kes rogol dari tahun 2014 hingga 2018

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel