Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Mayat wanita ditemui di dalam parit di Parit Besar


Tarikh kemaskini: 17/08/2019




BATU PAHAT, 17 Ogos (Bernama) -- Satu mayat wanita warga emas ditemui di dalam parit berhampiran sebuah jambatan di Taman Sri Wangsa, Parit Besar, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Azhan Abdul Halim berkata mayat berkenaan ditemui 10.30 pagi oleh orang awam sebelum memaklumkan kepada polis.

Beliau berkata siasatan kemudian mendapati mayat yang ditemui terapung itu adalah mayat wanita berumur 66 tahun.

"Si mati (wanita) dilaporkan keluar rumah dan tidak balik sehari sebelum dia ditemui mati. Mayatnya sudah dicam dan disahkan oleh ahli keluarganya," katanya.

Azhan berkata siasatan lanjut mendapati tiada sebarang kesan kecederaan pada tubuh wanita itu dan pemeriksaan sekitar lokasi juga tidak menemui sebarang bukti dan saksi berkaitan kejadian jenayah berlaku ke atasnya.

Setakat ini kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Mayat tersebut dihantar ke Unit Patologi, Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk proses dokumentasi dan bedah siasat, katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel