Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis tahan tiga lelaki kerana dadah, bom ikan


Tarikh kemaskini: 17/08/2019





KUNAK, 17 Ogos (Bernama) -- Polis menahan tiga lelaki dalam serbuan di sebuah rumah atas air di Kampung Jeti Pangkalan Kunak di sini, semalam selepas dipercayai terlibat dengan penyalahgunaan dadah serta bahan letupan untuk bom ikan.

Ketua Polis Daerah Kunak, Supt Baharin Md Tahir dalam satu kenyataan hari ini berkata kesemua suspek yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri berumur antara 21 hingga 25 tahun itu ditahan pada 2.45 pagi.

"Ketika serbuan, polis memeriksa kesemua badan suspek tetapi gagal menemukan barang salah, selanjutnya pemeriksaan ke atas rumah menjumpai satu beg mengandungi dua paket plastik cerah berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah seberat 5.42 gram (RM813) berserta pemetik api dan penyedut minuman yang diubah suai.

"Selain, polis turut menjumpai satu bekas plastik warna putih di dalamnya terdapat lima botol kaca berisi serbuk putih disyaki bom ikan serta satu kotak plastik mengandungi tiga sumbu," katanya.

Menurut Baharin kesemua suspek kini dalam tahanan polis untuk siasatan lanjut.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Nelayan hilang ditemui lemas di Kuala Dungun pagi ini - bomba

 
     

Pekan Rantau Panjang kembali pulih

 
     

Pesta Pulau Pinang sasar 500,000 pengunjung

 
     

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel