Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis galak pelancong guna e-dompet elak jadi mangsa jenayah


Tarikh kemaskini: 17/08/2019





MELAKA, 17 Ogos (Bernama) -- Polis Melaka menggalakkan orang ramai yang melancong ke negeri ini menggunakan dompet elektronik (e-dompet) dalam transaksi pembayaran sepanjang berada di Melaka, bagi mengelak mereka menjadi mangsa jenayah curi, samun atau ragut.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Melaka ACP Beh Eng Lai berkata, aplikasi perkhidmatan bayaran tanpa tunai itu lebih selamat dan mudah, selain kaedah tersebut kini banyak digunakan di premis perniagaan di sekitar Melaka dan seluruh negara.

“Menerusi teknologi e-dompet telefon pintar masing-masing, peluang diragut, disamun atau dicuri lebih rendah berbanding membawa wang tunai, sekali gus mengurangkan kebimbingan menjadi mangsa jenayah khususnya pelancong di negeri ini.

“Langkah pencegahan penting dan ia merupakan tanggungjawab semua pihak, dalam memastikan persekitaran komuniti selamat dan aktiviti jenayah dapat dikurangkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Amal Menanam Anak Pokok sempena Karnival Usahawan Era Digital (KUED) 2019 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini, hari ini.

Pada majlis itu, IPK Melaka menerima 1,000 anak pokok daripada KUED Enterprise untuk ditanam di IPK tersebut, serta di tiga Ibu Pejabat Polis Daerah dan 36 balai polis di negeri itu.

Mengulas lanjut, Beh berkata dalam memastikan keselamatan pelancong lebih terjamin, polis pelancong turut ditempatkan di kawasan tumpuan, terutamanya di sekitar Jonker Walk dan Bandar Hilir selain mengerakkan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan kereta peronda polis (MPV) di kawasan terbabit.

“Seperti mana yang kita tahu, Melaka akan menerima kemasukan pelancong yang lebih tinggi pada musim cuti sekolah atau cuti umum berbanding hari biasa, dan suasana yang selamat dan kondusif perlu sentiasa diberi keutamaan oleh pihak polis,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata Polis Melaka menerima purata 10 laporan jenayah setiap minggu menerusi aplikasi ‘Volunteer Smartphone Patrol’ (VSP), daripada orang awam yang menyalurkan maklumat jenayah dengan merakam gambar dan video berkaitan jenayah di sekeliling mereka.

“Kita sentiasa memberi galakan kepada orang ramai menggunakan VSP, kerana segala aduan atau laporan yang diterima akan terus disalurkan ke bilik kawalan, dan sekiranya kes membabitkan kecemasan, anggota unit URB dan MPV akan digerakkan segera untuk memberikan bantuan,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel