Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sabah cari kepakaran Jerman bagi program pembiakan badak dalam kurungan


Tarikh kemaskini: 17/08/2019





KUNDASANG, 17 Ogos (Bernama) -- Sabah sedang mencari pakar dari Jerman bagi membantu program pembiakan badak sumbu dalam kurungan dengan Indonesia, kata Menteri Pelancongan Budaya dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew.

Beliau berkata ini adalah antara input yang disediakan oleh Penasihat Hidupan Liar kepada Menteri, Datuk Dr John Payne, Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah Augustine Tuuga dan Pengarah Pemuliharaan WWF-Malaysia, Henry Chan.

"Program pembiakan dalam kurungan adalah untuk mengelakkan kepupusan spesies itu di Sabah, memandangkan badak betina bernama Iman yang disimpan di pusat  perlindungan Borneo bagi badak sumbu di Rizab Hidupan Liar Tabin merupakan satu-satunya badak sumbu betina yang masih hidup sekarang, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kinotoki and Mokodou  Hostel di sini.

Program itu dijangka meliputi kaedah persenyawaan in vitro dengan mengekstrak telur dari Iman dan di disenyawakan dalam makmal khas menggunakan sperma daripada selah seekor badak sumbu jantan dalam kurungan di Indonesia sebelum menanam janin itu ke dalam rahim badak sumbu betina pengganti.

Christina yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata kedua-dua kerajaan Malaysia dan Indonesia telah bersetuju untuk menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai pemuliharaan  badak  Sumatera di Indonesia  bulan depan.

Persetujuan itu tercapai pada mesyuarat antara Christina dan Direktor Jeneral Wiranto  dari  Direktorat Jeneral Sumber Daya Alam dan Konservasi Ekosistem di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia awal bulan ini. 

Christina berkata kedua-dua pihak telah menyatakan komitmen untuk memulihara badak Sumatera dan bersetuju bahawa keazaman polititik sangat penting bagi menandatangani MoU itu  dengan menerima hakikat bahawa badak sumbu merupakan salah satu spesis paling terancam dunia.

Iman masih merupakan satu-satunya badak Sumatera betina yang masih hidup di Malaysia setelah badak Sumatera jantan yang bernama Tam mati pada 29 Mei tahun ini kerana usia tua serta masalah kegagalan organ dalaman seperti buah pinggang dan hati.

Iman ditangkap pada 2014 dan sejak itu di tempatkan di pusat  perlindungan Borneo bagi badak sumbu di Rizab Hidupan Liar Tabin, bagaimanapun badak betina itu didiagnosis mempunyai cysts dan fibroids  dalam rahimnya yang membuatkannya mandul.

Tam, badak yang berusia antara 30 hingga 35 tahun telah ditangkap berhampiran ladang sawit pada 2008 dan ditempatkan di pusat perlindungan di Tabin. Usaha agar Tam mengawan dengan Puntung (badak betina yang ditangkap pada 2011) dan Iman di bawah program dalam kurungan itu tidak berhasil  membuntingkan  kedua-dua badak betina itu.

Puntung yang berumur 25 tahun dilaporkan mempunyai masalah pembiakan dengan terdapatnya cysts pada lapisan rahimnya. Dia ditamatkan hayatnya pada Jun 2017  setelah menderita kanser kulit. 

 -- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     

Air terawat di Pulau Pinang antara paling bersih dan selamat di Malaysia

 
     

Sokongan keluarga, majikan cetus kejayaan penerima Anugerah Canselor

 
     

P. Pinang catat 384 kes rogol dari tahun 2014 hingga 2018

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel