Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jerebu: IPU di Sri Aman, ILP Miri sedikit meningkat setakat 4 petang


Tarikh kemaskini: 17/08/2019





KUCHING, 17 Ogos (Bernama) -- Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Sri Aman dan Stesen Pengawasan Udara Automatik di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri terus mencatat sedikit peningkatan dan masih berada dalam kategori ‘Sangat Tidak Sihat’, setakat 4 petang ini.

Menurut data dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS), IPU di Sri Aman naik kepada bacaan 245  daripada 241 yang dicatat pada 10 pagi.

Bacaan IPU di ILP Miri pula meningkat kepada 221 setakat 4 petang ini daripada IPU 220 pada pagi.

Sementara itu, bacaan IPU di SK Baram 2 juga menunjukkan peningkatan daripada IPU 118 pada pagi  kepada  19 pada petang ini yang dikategorikan sebagai ‘Tidak Sihat’.

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 0-50 menunjukkan kualiti udara sihat; 51-100, sederhana; 101-200, tidak sihat; 201-300, sangat tidak sihat dan melebihi 300, berbahaya.

Orang awam boleh merujuk laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) di alamat http://apims.doe.gov.my/v2/ atau dengan memuat turun aplikasi telefon pintar, MyIPU di ‘Google Play’ bagi mendapatkan bacaan IPU terkini pada setiap jam.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     

Air terawat di Pulau Pinang antara paling bersih dan selamat di Malaysia

 
     

Sokongan keluarga, majikan cetus kejayaan penerima Anugerah Canselor

 
     

P. Pinang catat 384 kes rogol dari tahun 2014 hingga 2018

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel