Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Penjaga gol TFC meninggal dunia akibat sakit jantung


Tarikh kemaskini: 17/08/2019





KUALA TERENGGANU, 17 Ogos (Bernama) -- Penjaga gol utama Terengganu FC (TFC), Mohd Suffian Abd Rahman meninggal dunia kira-kira pukul 1 tengah hari tadi, akibat sakit jantung.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Hishamuddin Abdul Karim berkata Allahyarham Mohd Suffian, yang dikenali dengan panggilan 'Tiger' dalam kalangan peminat bola sepak Terengganu, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Kampung Banggol Pauh, Bukit Tunggal, dekat sini.

"Allahyarham yang berasal dari Melaka, pernah dimasukkan ke wad di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada 1 Ogos lepas, akibat sakit jantung.

"Pemergian beliau adalah satu kehilangan besar bagi arena bola sepak Terengganu khasnya dan dunia bola sepak negara amnya," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Hishamuddin berkata jenazah Mohd Sufian dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Banggol Pauh selepas Asar petang ini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

KV Keningau raih pingat perak pada pertandingan inovasi di Singapura

 
     

Kerajaan negeri Perak bangunkan projek pembangunan koridor persaraan

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel