Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kem. Pembangunan Luar Bandar kemaskini pangkalan data usahawan Kemas


Tarikh kemaskini: 17/08/2019





BATU PAHAT, 17 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan mengemaskini pangkalan data berkaitan usahawan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dalam tempoh dua tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata langkah itu bertujuan mengetahui lebih lanjut pencapaian usahawan yang menerima bantuan daripada jabatan itu, di mana selama ini tiada data terperinci direkodkan.

Mengikut rekod pada 2017 dan tahun lepas, pihaknya ada menyalurkan bantuan kepada 10,000 usahawan dan berharap bantuan berkenaan digunakan dengan sebaiknya.

"Dengan adanya pangkalan data ini, kita akan mengetahui perkembangan mereka (usahawan) sama ada mereka masih aktif atau sebaliknya. Kita juga berharap barang-barang yang disalurkan kepada mereka tidak disalah guna.

"Dalam masa dua tahun ini dengan adanya pangkalan data berkenaan, kita turut akan dapat membimbing usahawan Kemas ini yang terdiri daripada usahawan industri kecil sederhana (IKS) agar mereka dapat menembusi pasaran lebih besar termasuklah pasaran di peringkat global,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Wacana Ilmu - Wanita Inspirasiku (WINS) Peringkat Negeri Johor Tahun 2019 di Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Sri Gading di sini, hari ini.

Mengenai WINS, Rina berkata program itu berjaya menghimpunkan 1,500 wanita di negeri ini, selepas diadakan di Terengganu, Kelantan, Pahang dan Perak.

Beliau berkata menerusi program berkenaan, para peserta yang terdiri daripada usahawan wanita berpeluang menimba ilmu, inspirasi dan motivasi dari usahawan serta tokoh terkenal.

"Program ini juga membuka peluang kepada usahawan untuk mengetengahkan serta memasarkan produk mereka kepada masyarakat dan seterusnya mencari peluang mengadakan kerjasama untuk produk masing-masing,” katanya.

Pada program berkenaan, 45 usahawan menerima bantuan peralatan bagi mengembangkan perniagaan seperti ketuhar, mesin pengadun dan mesin jahit.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     

Semua sekolah di Putrajaya dibuka esok

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel