Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bersatu Kelantan sokong pembinaan pelabuhan di Tok Bali


Tarikh kemaskini: 17/08/2019





PASIR PUTEH, 17 Ogos (Bernama) -- Parti Pribumi  Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan menyokong penuh cadangan kerajaan Kelantan untuk membina pelabuhan baru dengan mendalamkan muara di kuala Terusan Semerak  dalam usaha merancakkan pembangnan bandar baru di Tok Bali.

Pengerusinya,  Datuk Kamaruddin Md Noor berkata,  cadangan itu perlu disokong  kerana ia bukan sahaja untuk pembangunan di  Tok Bali semata-mata tetapi juga membabitkan pembangunan keseluruhan di Kelantan.

“Bagi tujuan itu kerajaan negeri tidak mungkin mampu melaksanakannya  secara sendirian tanpa sokongan kerajaan Pusat kerana pembinaannya memerlukan perbelanjaan besar sehingga melebihi RM1 billion,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Sebelum ini,  Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob antara lain berkata, kerajaan negeri bercadang akan membina sebuah pelabuhan dengan  mendalamkan muara terusan itu untuk membolehkan kapal besar dapat memasuki  terusan itu dan berlabuh terutamanya di terminal TB Supply Base Sdn Bhd.

Kamaruddin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Parlimen Pasir Puteh berkata,  peruntukan itu antara lain membina benteng pemecah ombak  ditengah lautan kira-kira satu batu nautika dari Pantai Tok Bali .

“Benteng itu bagi menghalang  ombak daripada memasuki kuala dan mengancam keselamatan kapal yang berlabuh terutama pada musim tengkujuh yang berlaku hampir setiap tahun,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Wakil jabatan audit mengaku rakam mesyuarat "pinda laporan audit 1MDB"

 
     

Pasukan audit 1MDB terkejut dengar gugur penyata kewangan - Saksi

 
     

Johor umum bantuan khas kewangan sebulan gaji buat penjawat awam negeri

 
     

Cadang Pahang kenakan sewa tinggi kepada Lynas - ADUN Kemayan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel