Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pelan strategik luar jangka bagi hadapi kemarau di Sarawak


Tarikh kemaskini: 17/08/2019




KUCHING,  17 Ogos (Bernama) --Semua pihak berkuasa bekalan air di Sarawak telah menyediakan  Pelan Strategik Luar Jangka bagi Kemarau ekoran cuaca kering yang melanda beberapa bahagian di negeri ini. 

Menurut kenyataan Kementerian Utiliti Sarawak  air akan dihantar menggunakan tangki sebagai langkah segera menangani gangguan bekalan air akibat cuaca kering yang dijangka berlarutan sehingga Oktober.

Kawasan bekalan air yang terjejas disebabkan oleh paras sungai yang rendah, paras air bawah tanah rendah mengandungi air masin ialah  di Telok Melano, Sri Aman, Pantu, Selangau, Penibong, Kuala Balingian dan Suai yang di bawah Jabatan Bekalan Air Desa Sarawak dengan langkah-langkah pengurangan seperti membina tebatan sementara atau pengorekan kawasan  berhampiran sumber air mentah sedang dijalankan.

Sementara itu Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) berkata kemudahan untuk penginapan  bermalam di Taman Negara Loagan Bunut, Miri akan ditutup sementara  sehingga notis lanjut, disebabkan musim kemarau.

Menurut SFC  taman itu akan dibuka untuk pelawat harian namun mereka  dinasihatkan agar tidak merokok dan tidak menyalakan api di kawasan taman. Orang ramai boleh menghubungi Pejabat Taman Negara Loagan Bunut di + 6085-775119 untuk pertanyaan lanjut.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Wakil jabatan audit mengaku rakam mesyuarat "pinda laporan audit 1MDB"

 
     

Pasukan audit 1MDB terkejut dengar gugur penyata kewangan - Saksi

 
     

Johor umum bantuan khas kewangan sebulan gaji buat penjawat awam negeri

 
     

Cadang Pahang kenakan sewa tinggi kepada Lynas - ADUN Kemayan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel