Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lebih 4,000 peserta ambil bahagian dalam Tanah Merah Flyover International Ride


Tarikh kemaskini: 17/08/2019




TANAH MERAH,  17 Ogos (Bernama) -- Lebih  4,000 peserta mengambil bahagian dalam acara Tanah Merah Flyover International Ride di Dataran Majlis Daerah Tanah Merah di sini, hari ini.

Peserta berbasikal yang melibatkan dua ketagori iaitu 90 dan 30 kilometer itu dilepaskan oleh Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra. 

Acara ini dianjurkan oleh Yayasan Mahsari Group dengan kerjasama syarikat  After Image Sdn Bhd, Mahsari Cycling Club, Majlis Daerah Tanah Merah dan lain-lain agensi kerajaan dan korporat.

Pengarah Urusan Yayasan Mahsari Group Wan Rakemi Wan Zahari berkata kejohanan itu dianjurkan sempena menyambut Hari Kebangsaan ke-62.

"Ia salah satu inisiatif pihak kami untuk menyemarakan sambutan Hari Kebangsaan dan sekaligus dapat memupuk semangat patriotisme dan kecintaan kepada negara dengan melahirkan modal insan yang mampu bersaing untuk menjayakan wawasan negara kearah negara yang terbilang dan sejahtera.

"Kejohanan ini yang julung kali diadakan di daerah ini juga  melibatkan peserta dari Thailand dan Singapura.

Beliau berkata kejohanan itu juga akan dapat memperkenalkan persimpangan bertingkat Tanah Merah yang dijangka siap dalam masa terdekat selain menaikkan nama bandar Tanah Merah di peringkat negeri, kebangsaan dan juga antarabangsa. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

KV Keningau raih pingat perak pada pertandingan inovasi di Singapura

 
     

Kerajaan negeri Perak bangunkan projek pembangunan koridor persaraan

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel