Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kebakaran hutan di Sarawak semakin bertambah


Tarikh kemaskini: 17/08/2019





KUCHING, 17 Ogos (Bernama) -- Insiden kebakaraan hutan di Sarawak semakin bertambah dengan 17 lagi kes dilaporkan  setakat 8 pagi ini menjadikan keseluruhan 494 kes dilaporkan sejak 1 Ogos, menurut  Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak.

Jumlah kawasan terjejas setakat ini ialah seluas 1,391.73 ekar serta turut terjejas dua buah rumah masing-masing di Kampung Sangki, Simunjan dan Kampung Sedi di Pulau Bruit.

“Secara Purata JBPM Sarawak bertindak ke atas 30 kes kebakaran api belukar setiap hari dan untuk hari ini, bahagian Kuching mencatat kes tertinggi dengan lapan kes, diikuti Miri (4) dan Betong (3),” menurut  kenyataan JPBM Sarawak.

Antara lokasi yang masih melibatkan operasi sehingga hari ini ialah di Kampung Sedi, Pulau Bruit, Tanjung Manis yang memasuki hari ke-10 yang melibatkan keluasan terbakar seluas 40 hektar (100 ekar) di mana keluasan yang telah berjaya dipadamkan ialah 36.8 hektar (92 ekar).

“Selain itu, Kampung Tuie, Sarabang, Betong telah memasuki hari ketujuh dengan melibatkan keluasan yang terbakar seluas 26.4 hektar (66 ekar) manakala keluasan yang telah berjaya dipadam ialah 24 hektar (60 ekar),” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel