Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis Marin Sandakan rampas barang tiruan bernilai hampir RM30,000


Tarikh kemaskini: 16/08/2019





SANDAKAN, 16 Ogos (Bernama) -- Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan berjaya merampas jam tangan, dompet dan beg pelbagai jenama terkenal disyaki tiruan bernilai RM29,405, dalam satu operasi di sini semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Pajeri Ali berkata sebanyak 186 utas jam tangan, dan 226 dompet dan beg ditemui ketika pasukan PPM memeriksa sebuah premis di Bandar Sibuga Jaya di sini, dalam operasi bermula 5 pagi, berdasarkan maklumat yang disalurkan oleh Unit Risikan Marin (URM) Sandakan.

“PPM telah menyerbu premis yang dijadikan tempat penyimpanan dan beroperasi untuk menjalankan perniagaan. 

"Siasatan awal mendapati barang-barang ini dipercayai diseludup masuk dari negara jiran, melalui jalan laut dan URM Sandakan telah lama menjejaki dan berusaha mengumpul maklumat, sebelum serbuan dijalankan pada pagi semalam," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Menurut Mohamad Pajeri, barang berkenaan dipercayai untuk dijual di sekitar Sandakan, secara borong dengan harga serendah RM10.

Beliau berkata seorang lelaki tempatan berumur 66 tahun disyaki pemilik barangan berkenaan turut ditahan, dan kesemua barang rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan untuk siasatan lanjut, katanya.

Mohamad Pajeri berkata kes disiasat di bawah Seksyen 8 (2)(b) Akta Perihal Dagangan 2011 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM15,000 bagi setiap barangan palsu, dan denda tidak lebih RM30,000 bagi kesalahan kedua dan berikutnya bagi setiap barangan palsu atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel