Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jabatan Penerangan berpuas hati kerjasama diberikan pelbagai pihak


Tarikh kemaskini: 16/08/2019




TANAH MERAH, 16 Ogos (Bernama) -- Jabatan Penerangan Kelantan berpuas hati dengan kerjasama diterima daripada pelbagai pihak dalam menyemarakkan Sambutan Bulan Kemerdekaan di negeri ini. 

Penolong Pengarahnya Mohd Zamzuri Salleh berkata kerjasama yang diperoleh pihaknya meliputi jabatan, agensi,  sekolah dan  badan bukan kerajaan (NGO) yang bersama mengambil tanggungjawab bagi memeriahkan sambutan itu melalui pelbagai aktiviti dilaksanakan.

"Contohnya di peringkat sekolah, kami mempunyai Kelab Malaysiaku berfungsi menyedarkan pelajar berhubung semangat patriotisme dan erti kemerdekaan.

"Begitu juga di peringkat daerah, kami mempunyai Majlis Belia Daerah serta Komuniti Harapan Malaysia iaitu sebuah NGO di bawah Jabatan Penerangan memainkan peranan bagi  menyemarakkan bulan kemerdekaan  dengan cara dan pendekatan tersendiri," katanya kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Sambutan Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2019 peringkat Daerah Tanah Merah di sini hari ini.

Mohd Zamzuri berkata jabatan dan agensi kerajaan yang ada di negeri ini dilihat komited untuk bersama menyemarakkan sambutan melalui aktiviti yang diadakan jabatan atau agensi sendiri.

"Begitu juga dengan NGO, mereka tidak melepaskan tangan untuk terlibat secara sendiri mahupun melalui kerjasama dengan pihak kerajaan," katanya.

Mohd Zamzuri berkata Majlis Sambutan Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2019, Bukit Bunga merupakan persinggahan ketiga pasukan konvoi kembara berkenaan di negeri ini sebelum meneruskan perjalanan ke Gerik, Perak.

"Konvoi berkenaan tiba di Kelantan semalam dengan mengikuti beberapa program yang disediakan di peringkat negeri termasuk di Mydin Mall Kubang Kerian semalam dan RTC Tunjung tengah hari tadi sebelum meneruskan perjalanan ke Bukit Bunga.

"Konvoi yang terdiri daripada 65 kenderaan ini bagi menggelorakan lagi sambutan bulan kemerdekaan di setiap destinasi dikunjungi mereka di Semenanjung bagi membawa mesej menanam semangat patriotisme dalam diri setiap lapisan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan kaum," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

KV Keningau raih pingat perak pada pertandingan inovasi di Singapura

 
     

Kerajaan negeri Perak bangunkan projek pembangunan koridor persaraan

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel