Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Marrybrown, Caltex lancar outlet pertama di Rawang


Tarikh kemaskini: 16/08/2019




KUALA LUMPUR,16 Ogos (Bernama) -- Syarikat rangkaian makanan segera halal yang pertama dan terbesar di Malaysia, Marrybrown hari ini mencatat satu lagi peristiwa penting menerusi pembukaan outlet baharunya di Caltex Sungai Choh, Rawang, dekat sini.

Outlet baharu yang dibuka dengan kerjasama Chevron Malaysia Ltd, pemasar jenama Caltex di negara ini memberi peluang kepada masyarakat untuk menjamu selera di Marrybrown selain mengisi minyak kenderaan, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Joshua Liew dalam kenyataan hari ini.

“Kami berbangga dapat bekerjasama dengan Caltex Malaysia untuk membuka outlet pertama  Marrybrown di Rawang. Selain itu, kami berharap dapat memberikan pengalaman menarik kepada pelanggan untuk mengisi minyak kenderaan di sini sambil menikmati hidangan bersama keluarga dan rakan-rakan di Marrybrown,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Negara bagi Chevron Malaysia Ltd, Shahid Ahmed turut senada dengan Liew, dan menurutnya kerjasama tersebut memberi peluang kepada masyarat membuat pilihan mudah menerusi perkhidmatan terbaik daripada kedua-dua jenama berkenaan.

“Kami berharap menerusi kerjasama itu, warisan kami akan terus berkembang kerana kami berusaha menawarkan pengalaman menarik kepada pelanggan menerusi kemudahan dan keselesaan yang kesemuanya di bawah satu bumbung,” katanya.

Liew berkata beberapa lagi outlet akan dilancarkan di seluruh negara pada suku keempat tahun ini khususnya di Johor dan Lembah Klang supaya lebih ramai masyarakat dapat menikmati pelbagai makanan mudah diperoleh, yang hanya terdapat di Marrybrown.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel