Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Proton lancarkan Proton X70 edisi Merdeka


Tarikh kemaskini: 16/08/2019





KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) -- PROTON telah melancarkan SUV keluaran terhad, Proton X70 Edisi Merdeka (ME) bersempena dengan sambutan hari kemerdekaan Malaysia yang ke-62.

Hanya 62 kenderaan sahaja akan dikeluarkan dan berharga RM126,100 seunit. Varian SUV premium ini didatangkan dalam dua warna iaitu Snow White serta Flame Red.

"Proton mensasarkan untuk menjual unit tersebut pada bulan Merdeka, syarikat itu mampu akan dapat berbuat demikian berdasarkan kepada permintaan semasa untuk Proton X70," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Secara mekanikal, spesifikasi Proton X70 ME adalah sama dengan varian premium biasa PROTON X70, perbezaan hanya pada pakej bahagian luar serta tambahan kepada trim dalaman kereta tersebut.

"Visor pintu juga telah ditambah, bersama-sama dengan ‘scuff plate’ dan lambang Edisi Merdeka yang dipasang pintu bonet belakang," kata Proton. 

SUV itu juga dilengkapi dengan angka khusus melambangkan Edisi Merdeka, menjadikan setiap satu unit sebagai kenderaan yang unik, katanya.

 -- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Jho Low ajar percepat proses pengeluaran jaminan kerajaan - Saksi

 
     

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel