Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Laporan forensik lif terhempas diumum minggu depan


Tarikh kemaskini: 16/08/2019





PUTRAJAYA, 16 Ogos (Bernama) -- Laporan penuh siasatan forensik kejadian lif terhempas di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, Kuala Lumpur pada 2 Ogos lepas akan diumumkan minggu depan, kata Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad.

"Saya dijanjikan (laporan itu) 16 Ogos (hari ini) diserahkan kepada DBKL, tetapi setakat ini belum sampai kepada saya lagi, mungkin sudah sampai kepada Datuk Bandar (Kuala Lumpur)," katanya ketika ditemui pemberita pada kempen kibar Jalur Gemilang bersama golongan asnaf anjuran Restoran D'Tandoor, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada 2 Ogos itu, lapan cedera apabila lif yang mereka naiki terhempas dari tingkat lima dipercayai akibat sistem brek tidak berfungsi.

Khalid turut mencadangkan agar Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau persatuan penduduk terlibat dalam memantau proses penyelenggaraan lif susulan kejadian lif terhempas itu bagi memastikan ketelusan dan keberkesanan kerja penyelenggaraan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel