Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

10 jemaah haji meninggal di Tanah Suci - Mujahid


Tarikh kemaskini: 16/08/2019





BESUT, 16 Ogos (Bernama) -- Seramai 10 jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci ketika mengerjakan ibadat haji sehingga kini, berbanding 42 orang pada musim haji tahun lepas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.

Dalam pada itu, katanya kerajaan sentiasa mengambil langkah proaktif dalam menjaga kebajikan jemaah haji Malaysia, antaranya menyarankan kepada mereka mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami masalah kesihatan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Town Hall di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), di sini, hari ini.

Musim haji kali ini telah pun berakhir dengan kumpulan pertama jemaah haji Malaysia dijangka kembali ke tanah air pada Isnin. 

Sementara itu program Town Hall itu yang disertai kira-kira 300 peserta termasuk pegawai kader Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diadakan bagi memberi taklimat dan menjelaskan dasar-dasar yang telah di persetujui oleh Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

KV Keningau raih pingat perak pada pertandingan inovasi di Singapura

 
     

Kerajaan negeri Perak bangunkan projek pembangunan koridor persaraan

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel