Wz8djB0V-ag Status penduduk tetap Zakir Naik boleh ditarik balik - Dr Mahathir
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Status penduduk tetap Zakir Naik boleh ditarik balik - Dr Mahathir


Tarikh kemaskini: 16/08/2019





SEPANG, 16 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata status penduduk tetap (PR) pendakwah Islam, Dr Zakir Naik, boleh ditarik balik sekiranya perbuatannya terbukti menjejaskan kesejahteraan negara.

Beliau bagaimanapun berkata kerajaan akan menunggu penyiasatan polis terhadap dakwaan kenyataan sensitif oleh pendakwah itu terhadap kaum Cina dan India di Malaysia.

"Beliau (Zakir) mempunyai status PR. Kita boleh menarik balik status PR itu jika beliau melakukan sesuatu yang menjejaskan kesejahteraan negara.

"Pada masa ini polis sedang menyiasat sekiranya beliau melakukannya atau tidak. Jika beliau berbuat demikian, maka kita perlu menarik balik status PR beliau," kata Dr Mahathir kepada pemberita selepas melawat ibu pejabat AirAsia, RedQ di sini.

Dr Mahathir berkata terdapat keperluan untuk mengambil tindakan menghalang Zakir daripada membuat ucapan provokatif, yang dilihat cuba melaga-lagakan pelbagai kaum.

Semasa ditanya sama ada beliau akan menuntut permohonan maaf daripada Zakir, Dr Mahathir berkata: "Pada masa ini, biarlah polis menyiasat keseriusan kenyataan yang beliau buat".

Mengenai ketidakpuasan kerajaan Sabah berhubung kurangnya penglibatan dalam beberapa isu termasuk isu tulisan khat, Dr Mahathir berkata kerajaan Sabah tidak mengatakan apa-apa kepada kerajaan Persekutuan.

Dr Mahathir berkata adalah tidak wajar untuk menyatakan Sabah untuk rakyat Sabah, Sarawak untuk rakyat Sarawak dan Semenanjung untuk orang Semenanjung.

"Itu suatu yang tidak baik. Kita harap kita hanya memikirkan diri kita sebagai Malaysia dan bukan sebagai kawasan tertentu," katanya.

-- BERNAMA 

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel