Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Empat maut dalam kemalangan dengan lori sawit di Kinabatangan


Tarikh kemaskini: 16/08/2019





KINABATANGAN, 16 Ogos (Bernama) -- Empat maut ketika kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori treler 10 tan yang membawa muatan buah sawit petang ini.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu di Kampung Paris 2 dekat sini, diterima pukul 1.47 petang dan Pasukan Bomba Sukarela Kampung Paris 2 tiba di tempat kejadian tiga minit kemudian untuk memberi bantuan awal sehingga tiba sepasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan.

Kemalangan itu mengorbankan kesemua empat mangsa yang menaiki kenderaan jenis Toyota Hilux dan disah meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.

Manakala pemandu lori berumur 31 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mangsa terdiri daripada dua warganegara dikenali sebagai Nurdiana Tamsi, 57, dan Thambrin Beddu, 59, dan seorang warga Indonesia dikenali sebagai Anita Anwar, 41, manakala maklumat seorang lagi tidak diperolehi.

Kesemua  mangsa diserahkan  kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

LZS akan terus beri kerjasama kepada SPRM dalam siasatan libatkan dana LZS dan RTM

 
     

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel