DZUoH2ISLyA Empat cedera kemalangan di tapak pembinaan
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Empat cedera kemalangan di tapak pembinaan


Tarikh kemaskini: 16/08/2019





KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) -- Empat lelaki cedera dalam dua kejadian kemalangan di tapak binaan di ibu negara, hari ini.

Dalam kejadian di Persiaran Stonor kira-kira 10.30 pagi, seorang lelaki cedera di bahagian kaki kiri selepas kren yang dipandunya tumbang di kawasan pembinaan berhampiran Kedutaan Vietnam, di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Tun Razak Mohd Faris Hussin berkata ketika kejadian, mangsa berusia 34 tahun sedang melakukan kerja-kerja pembinaan sebelum kren yang dikendalikannya hilang imbangan dan terbalik.

Menurut beliau, insiden itu menyebabkan mangsa terperangkap di dalam kren dengan kaki kirinya tersepit pada besi cerucuk di tapak pembinaan itu.

"Anggota bomba bertindak memotong besi cerucuk untuk mengeluarkan mangsa pada kira-kira pukul 12.01 tengah hari dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Mohd Faris berkata, 19 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah dan Pudu bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada kira-kira pukul 10.55 pagi.

Sementara itu, dalam satu lagi kejadian di tapak pembinaan Projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dekat Taman Connought, Cheras, tiga pekerja kontrak warga China cedera selepas kerangka besi cerucuk terjatuh atas mereka pada 3.30 petang tadi.

Pusat Gerakan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata akibat insiden itu, seorang lelaki patah kaki kanan, seorang lagi patah tangan kiri manakala seorang lagi cedera ringan.

"Ketiga-tiga mereka berjaya dibawa keluar kira-kira 4.21 petang dan dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk rawatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Sambutan Hari Pahlawan

 
     

MA63: Anwar beri jaminan selesai secara baik bila tiba giliran jadi PM

 
     

Sekolah di Selangor boleh dapatkan topeng muka di pejabat daerah dan ADUN

 
     

Jerebu: JPBN Sarawak bersedia sekiranya diumum darurat jerebu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel