Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis cari tiga lelaki dan seorang wanita bantu siasatan kes jenayah komersial


Tarikh kemaskini: 16/08/2019





KUCHING, 16 Ogos (Bernama) -- Polis Sarawak hari ini memohon bantuan orang ramai mengesan tiga lelaki dan seorang wanita, bagi membantu siasatan kes jenayah komersial.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak Supt Mustafa Kamal Gani berkata, individu yang dikehendaki itu adalah Awang Kusharsi Awang Putra, 51, nombor kad pengenalan 681203-13-6327, Wan Shaiful Bahri Wan Hassan, 50, (690314-13-5209), Hamdan Anak Engka, 51, (681114-13-5541) dan seorang wanita, Kharulliza Rajuli, 34, (850323-13-5032).

“Kesemua individu ini dikehendaki polis kerana terlibat dengan kes penipuan, yang kini sedang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mustafa berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keempat-empt individu ini diminta menghubungi Pegawai Risikan/Operasi JSJK, Insp. Hamizan Ismail dengan menelefon 016-4455695.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

APM NS sedia hadapi sebarang kemungkinan bencana

 
     

Dr Mahathir, isteri cetus keterujaan di Pantai Chenang

 
     

Anwar setuju tindakan polis tahan individu dikaitkan dengan keganasan

 
     

Ibu mati, anak OKU dijumpai dahaga lapar dalam rumah di Skudai

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel