Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis tahan lelaki dakwa Nora Anne dirogol Orang Asli


Tarikh kemaskini: 16/08/2019





Seremban, 16 Ogos (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki berusia 29 tahun yang mendakwa remaja Ireland, Nora Anne Quoirin,15, dirogol orang Asli.

Lelaki itu yang menggunakan nama Zikri Armstrong membuat dakwaan tersebut melalui ciapan akaun Twitternya, ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di sini, jam 7 malam tadi.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop berkata kes itu diserahkan kepada Bukit Aman untuk siasatan lanjut. 

"Lelaki itu sudah ditangkap malam tadi di Seremban,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohamad berkata kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 505 Kanun Keseksaan.

Mayat remaja berumur 15 tahun itu dijumpai pada Selasa selepas dilaporkan hilang dari vila percutian di resort eko-pelancongan dekat sini pada 4 Ogos.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel