Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

RMK12: Kuantan berpotensi jadi hab pengangkutan, logistik


Tarikh kemaskini: 16/08/2019





KUANTAN, 16 Ogos (Bernama) -- Kuantan berpotensi untuk dibangunkan sebagai hab pengangkutan dan logistik di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) 2021-2025, demikian menurut satu kenyataan daripada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi. 

Perkara itu melibatkan Pelabuhan Kuantan dan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah yang disentuh pada sesi libat urus penyediaan RMK-12 yang diadakan di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini. 

Mesyuarat secara tertutup itu dipengerusikan bersama oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. 

"Mesyuarat hari ini juga membincangkan bagaimana pelancaran semula Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) oleh Kerajaan Persekutuan mengukuhkan kedudukan Pelabuhan Kuantan di rantau ASEAN dan Asia Pasifik," kata kenyataan itu. 

Pembangunan di bawah RMK-12 juga melihat kepada kawasan perindustrian di Pantai Timur bagi menambah nilai kepada projek ECRL. 

Menurut kenyataan itu, Pahang, sebagai negeri terbesar di Semenanjung Malaysia mempunyai potensi besar dalam meningkatkan sumbangan kepada ekonomi negara. 

Perbincangan hari ini merupakan langkah pertama dalam menstruktur semula ekonomi supaya ketidakseimbangan ekonomi antara kelas pendapatan, kaum dan wilayah dapat dirapatkan selain memastikan manfaat pembangunan negeri dinikmati semua rakyat.

"Kerjasama strategik Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Pahang bagi menjana pertumbuhan ekonomi yang lebih rancak juga direalisasikan melalui pelaksanaan Pelan Induk Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) 2.0 merangkumi tahun 2018 hingga 2025.

"Pelan ini menyasarkan pelaburan swasta berjumlah RM31 bilion yang bakal mewujudkan 52,550 pekerjaan dan melahirkan kira-kira 23,090 orang usahawan tempatan," kata kenyataan itu.

Pahang merupakan negeri ke-10 pada siri jelajah penyediaan RMK-12 yang dilaksanakan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi. 

-- BERNAMA 


 

   

 
 
     
   
 

Wakil jabatan audit mengaku rakam mesyuarat "pinda laporan audit 1MDB"

 
     

Pasukan audit 1MDB terkejut dengar gugur penyata kewangan - Saksi

 
     

Johor umum bantuan khas kewangan sebulan gaji buat penjawat awam negeri

 
     

Cadang Pahang kenakan sewa tinggi kepada Lynas - ADUN Kemayan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel