Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Isu Dr Zakir Naik: Polis beri amaran bertindak terhadap pihak gugat keharmonian kaum


Tarikh kemaskini: 16/08/2019





KOTA BHARU, 16 Ogos (Bernama) -- Polis hari ini memberi amaran kepada mana-mana pihak yang cuba menggugat keharmonian kaum di negara ini bersabit isu pendakwah terkenal Dr Zakir Naik.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor berkata polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadap isu tersebut.

"Berhentikanlah menyebar perkara yang boleh memecah belah keharmonian kaum dan kita akan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang berhasrat mahu mengganggu ketenteraman awam ini.

"Polis akan memantau keadaan ini. Kita sudah memberi amaran berhubung perkara ini," katanya kepada pemberita selepas melawat keadaan Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di sini, hari ini.

Mohd Zamri kini menerima rawatan selepas diserang menggunakan parang oleh seorang lelaki pesakit mental menyebabkan luka di bahagian belakang kepala dan putus ibu jari kanan di rumahnya di Kampung Padang Luas, Besut tengah hari semalam.

Turut hadir Ketua Polis Terengganu Datuk Aidi Ismail dan Timbalan Ketua Polis Kelantan SAC Abdullah Mohammad Piah.

Mengulas isu Dr Zakir itu, Mazlan berkata siasatan sedang dijalankan oleh polis dan beliau tidak berhasrat untuk mengulas lanjut perkara itu.

Polis kini telah membuka kertas siasatan terhadap pendakwah itu di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang boleh mengancam keamanan.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed kertas siasatan terhadap Zakir dibuka susulan laporan polis daripada pelbagai pihak.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

KV Keningau raih pingat perak pada pertandingan inovasi di Singapura

 
     

Kerajaan negeri Perak bangunkan projek pembangunan koridor persaraan

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Melaka turun RM3.6 juta tahun lepas

 
     

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel