Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lynas yakin puaskan keputusan kerajaan mengenai PDF


Tarikh kemaskini: 16/08/2019





KUANTAN, 16 Ogos (Bernama) -- Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) hari ini menyatakan ia yakin dapat memuaskan keputusan Kabinet untuk membina Kemudahan Deposit Kekal (PDF) untuk sisa pembersihan meluluhkan air (WLP) oleh kilang tanah yang jarang ada, di Gebeng dekat sini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Amanda Lacaze berkata Lynas akan mempercepatkan rancangan dan pembinaan PDF.

Lynas dikehendaki mendapatkan persetujuan bagi lokasi dalam tempoh enam bulan.

“Rangkakerja Perancangan PDF dan Perancangan Pemilihan Kawasan bagi Lynas Malaysia diluluskan oleh Lembaga Perlesesanan Tenaga Atomik (AELB). Sebagai tambahan, Kerajaan Negeri Pahang telah memberi kelulusan bertulis untuk satu lokasi PDF di negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau menambah bahawa ini konsisten dengan cadangan Jawatankuasa Pemeriksaan Eksekutif kerajaan Pakatan Harapan pada Disember 2018 atau alternatifnya, Lynas boleh mendapatkan kebenaran dari negara lain untuk menerima bahan berkenaan.

Lacaze juga menyebut bahawa Lynas sebelum ini telah mendeposit sejumlah US$42.2 juta (RM176.5 juta) dengan AELB secara tunai dan bon bersandarkan tunai, dan dikehendaki membelanja 0.5 peratus daripada jualan kasar tahunan bagi aktiviti penyelidikan dan pembangunan yang berkaitan dengan penggunaan sisa WLP sebagai tanah kondi dalam pertanian.

Tanah kondi ialah sejenis tanah penghawa yang diperoleh daripada sisa yang dihasilkan oleh di kilang tanah yang jarang, Lynas.

Kerajaan memperbaharui lesen Lynas kepada enam bulan lagi tetapi dengan tiga syarat.

Lynas perlu mengalihkan proses keretakan dan larut lesap, yang kini dikendalikan di kilangnya di Gebeng di sini, dikeluarkan dari negara ini. Lynas perlu mengenalpasti satu kawasan spesifik untuk mengendalikan PDF dan mendapatkan kelulusan bertulis daripada Kerajaan Negeri bagi kegunaan kawasan berkenaan. Lynas perlu menamatkan semua aktiviti penyelidikan dan pembangunan berhubung dengan penggunaan sisa radioaktif WLP sebagai tanah Kondi di tanah pertanian.

Bagaimanapun, di bawah perlesenan baru, Lacaze berkata, tidak ada keperluan untuk membelanjakan 0.5 peratus ke atas penyelidikan dan pembangunan, namun peratus yang sama akan dikemukakan kepada kerajaan sebagai tambahan keselamatan sehingga “Keretakan dan Larut Lesap” mula beroperasi di Australia. 

"Bahagian yang berkenaan daripada jumlah keselamatan itu dijangka diperoleh bagi projek pembinaan PDF. Bagaimanapun, maklumat lanjut akan disediakan berhubung kos dan jadual masa apabila projek ini berlangsung,” katanya.

Lacaze juga berterima kasih kepada kerajaan di atas keputusannya membenarkan Lynas tempoh lanjutan enam bulan bagi lesen operasi dengan syarat berkenaan, dan berharap ia akan menggalakkan perniagaan antarabangsa yang lain melabur dalam perkilangan hiliran di Malaysia.

"Kami mengulangi komitmen syarikat kepada rakyat dengan 97 orang adalah rakyat Malaysia, dan bagi meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai pusat tanah Global yang cemerlang.

“Kami optimis bahawa keputusan ini akan menamatkan permainan politik terhadap Lynas sejak beberapa tahun lepas. Lynas akan terus memberi sumbangan positif kepada ekonomi Malaysia dan wawasan Industri 4.0 Malaysia,” katanya.

Lynas, menurut Lacaze telah menyatakan bahawa operasi mereka adalah selamat dan cemerlang kepada Pelabur Terus Luar dengan mewujudkan 1,000 jawatan langsung dan membelanjakan lebih RM600 juta dalam ekonomi tempatan setiap tahun. 

Lacaze berkata, Lynas akan bekerja erat dengan anggota masyarakat bagi memastikan mereka akan mendapat maklumat terkini dan tepat mengenai operasinya.

-- BERNAMA 

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel