Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Suspek kes tetak Ketua Polis Daerah Besut direman tujuh hari


Tarikh kemaskini: 16/08/2019





BESUT, 16 Ogos (Bernama) – Seorang lelaki direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes tetak Ketua Polis Daerah Besut Supt Mohd Zamri Mohd Rowi.

Perintah yang dikeluarkan Majistret Norshuzianna Shakila Raja Mamat ke atas suspek berusia 32 tahun itu membolehkan pihak polis menyiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan parah dengan sengaja.

Suspek ditahan polis pada 4.15 petang semalam di Felda Selasih, Besut selepas cuba melarikan diri.

Dalam kejadian di Kampung Padang Luas, tengah hari semalam, Mohd Zamri, 55, mengalami kecederaan di bahagian belakang kepala dan putus ibu jari tangan kanan.

Keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Sultan Perak berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat di Gopeng

 
     

7,000 murid KAFA cipta rekod MBOR, hasilkan peta minda terbanyak

 
     

HOSHAS catat sejarah pembedahan katarak terbesar dalam dua hari

 
     

Terapi seni penjara beri kesan positif pada banduan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel