Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sub kontraktor kerugian RM108,000 selepas cermin kereta dipecahkan


Tarikh kemaskini: 16/08/2019





JOHOR BAHRU, 15 Ogos (Bernama) -- Seorang lelaki warga China kerugian RM108,000 selepas cermin keretanya dipecahkan dalam kejadian berhampiran sebuah restoran di Nusa Bestari, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata sub kontraktor berumur 40-an itu menyedari cermin belakang kanan kereta Proton Persona itu dipecahkan kira-kira 12 tengah hari selepas selesai minum di restoran berkenaan.

"Terdahulu, lelaki berkenaan mengeluarkan wang RM90,000 dari sebuah bank di Taman Bukit Indah, di sini.

"Dia kemudian menyimpan wang tersebut dalam beg komputer riba berwarna hitam dan diletakkan di dalam but kereta," katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Dzulkhairi berkata selepas minum dan kembali ke kereta, dia mendapati cermin belakang kanan kenderaan itu sudah dipecahkan manakala beg komputer riba di but turut hilang.

Beliau berkata keseluruhan kerugian adalah sebanyak RM108,000 iaitu RM90,000 daripadanya merupakan wang yang dikeluarkan bagi membayar gaji pekerja manakala bakinya wang peribadi lelaki tersebut.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Pelancong tertumpu di kawasan yang tertutup akibat jerebu

 
     

Jerebu jejas pendapatan peniaga Tamu Ahad Sabindo

 
     

Jerebu tidak halang orang ramai beriadah

 
     

Jerebu: penduduk Melaka hadkan aktiviti luar

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel