Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Mayat wanita lemas ketika berkayak dibawa pulang ke Singapura esok


Tarikh kemaskini: 15/08/2019





CHUKAI, 15 Ogos (Bernama) -- Mayat mendiang Puah Geok Tin, 57, wanita warga Singapura yang dilaporkan hilang ketika berkayak di Mersing, Khamis lepas, akan dibawa pulang keluarganya ke Singapura pagi esok.

Anak bongsu mendiang, Louis Pang, 24, berkata mayat mendiang telah melalui proses bedah siasat pasukan forensik Hospital Kemaman kira-kira pukul 12 tengah hari tadi, dan selesai pada 3.30 petang.

"Saya dan keluarga mungkin akan bawa pulang mayat ibu (mendiang) awal pagi esok untuk mengelak perjalanan malam yang kurang selamat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Kemaman.

Katanya masih terdapat beberapa proses dokumentasi yang perlu disiapkan sebelum mayat mendiang boleh dibawa balik ke negara asal.

Louis turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan semua pihak yang terlibat, membantu memudahkan segala urusan mencari dan membawa pulang mendiang ibunya ke Singapura.

Khamis lepas, Puah, 57, dan Tan Eng Soon, 62, kedua-duanya warga Singapura, dilaporkan hilang pada kira-kira 5.40 petang, selepas kayak dinaiki mereka terpisah dengan 13 lagi rakan di antara Pulau Sri Buat, Pahang dan Pulau Mertang, Mersing, berikutan laut bergelora dan angin kuat.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     

Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong

 
     

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel