Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

32 pendatang tanpa izin ditahan


Tarikh kemaskini: 15/08/2019





KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Seramai 32 pendatang tanpa izin ditahan pihak berkuasa atas pelbagai kesalahan di Pusat Kawalan Kusta Negara, Sungai Buloh, di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Imigresen Selangor Mohd Shukri Nawi berkata tangkapan tersebut dilakukan setelah membuat pemeriksaan terhadap lebih 50 warga asing, dalam operasi kira-kira jam 10 pagi tadi.

“Antara warga asing yang ditahan berumur 19 hingga 62 tahun, terdiri daripada 21 lelaki dan 10 wanita warga Indonesia serta seorang lelaki warga Bangladesh.

"Mereka yang ditahan kebanyakannya tinggal dan bekerja sebagai tukang kebun di kawasan ini," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata kesemua yang ditahan dibawa ke Pejabat Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Selangor sebelum ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Semenyih untuk tindakan lanjut. 

“Kes disiasat dibawah Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki sebarang dokumen sah dan tinggal lebih masa selain Peraturan 39b kerana melanggar syarat pas di bawah Peraturan-Peraturan Imigresen 1963," katanya. 

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Ubah suai program di IPT untuk kurangkan kadar pengangguran

 
     

MBM cadangkan supaya ijazah graduan protes ketika graduasi ditahan sehingga mohon maaf

 
     

PPIK - KPDNHEP bincang isu tarik kereta

 
     

Kes Letupan CityOne Megamall : Bicara pengarah mulai 28 Jan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel