Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kelantan muncul juara Futsal Orang Pekak Malaysia 2019


Tarikh kemaskini: 15/08/2019




SEREMBAN, 15 Ogos (Bernama) -- Kelantan muncul johan setelah menewaskan Pahang 8-4 pada perlawanan akhir Kejohanan Futsal Orang Pekak Malaysia kali ketiga 2019 di All Star Futsal, Senawang, dekat sini hari ini.

Pada peringkat separuh akhir sebelum itu, Kelantan menewaskan Sabah 8-4 dan Pahang mengetepikan cabaran tuan rumah Negeri Sembilan dengan jaringan yang sama (8-4).

Sabah dan Negeri Sembilan pula diumumkan pemenang tempat ketiga.

Dengan kemenangan itu, Kelantan menerima hadiah piala pusingan, piala iringan dan wang tunai RM1,000, Pahang pula mendapat pingat dan hadiah wang tunai RM600, manakala tempat ketiga menerima pingat dan hadiah wang tunai RM400.

Hadiah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan negeri Mohamad Taufek Abd Ghani serta Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri, Nicole Tan.

Sebanyak 11 pasukan dari seluruh negara kecuali Kuala Lumpur, Melaka dan Pulau Pinang menyertai kejohanan dua hari itu yang julung kali diadakan di negeri ini.

Kejohanan anjuran Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf) itu dikelolakan oleh Persatuan Sukan Orang Pekak Negeri Sembilan (NSSDeaf) dengan kerjasama Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) serta Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel