Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Ketua Polis Besut putus ibu jari ditetak lelaki alami masalah mental


Tarikh kemaskini: 15/08/2019





KOTA BHARU,  15 Ogos (Bernama) -- Ketua Polis Daerah Besut, Terengganu, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi putus ibu jari kanan dan cedera di bahagian belakang kepala akibat ditetak seorang lelaki  dipercayai mengalami masalah mental dalam kejadian di hadapan rumahnya di Kampung Padang Luas, Besut, pada pukul 12.50 tengah hari tadi.

Ketua Polis Terengganu Datuk Aidi Ismail berkata sehubungan itu polis telah menahan suspek berkenaan pada pukul 4.15 petang ini di Felda Selasih, Besut selepas cuba melarikan diri.

"Ketika kejadian mangsa didatangi oleh suspek berumur  32 tahun yang juga jiran mangsa yang mengadu mangsa telah menaman pokok kelapa di kawasan tanah miliknya.

"Mangsa tidak melayan dan menyuruh suspek untuk balik namun suspek telah ke kereta dan membawa keluar sebilah parang panjang dan menetak mangsa, " katanya ketika ditemui pemberita di Unit Kecemasan Hospital Kubang Kerian di sini,  hari ini. 

Akibat kejadian itu, Mohd Zamri, 55, mengalami kecederaan dibahagian belakang kepala dan putus ibu jari tangan kanan.

Aidi berkata mangsa sebelum itu cuba untuk mengelak namun suspek sempat menetak di bahagian kepala sehingga suspek terjatuh dan berlaku pergelutan.

"Susulan itu suspek melibas parangnya dan terkena ibu jari kanan sehingga putus. Mangsa bagaimanapun dilaporkan stabil dan masih dirawat di HUSM,” katanya. 

Beliau berkata sehubungan itu polis Terengganu telah menjalankan siasatan dan mendapati mangsa mempunyai masalah mental.

"Sebelum ini suspek pernah mengadu kepada mangsa dengan mendakwa rumahnya diserbu oleh pihak polis, namun dakwaan itu tidak betul.

"Kes ini akan disiasat dibawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan," katanya. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     

Beruang matahari diselamatkan dari rumah panjang di Betong

 
     

Zaman persekolahan nakal tapi hormat ibu bapa, guru - KPN

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel